Ramai pelabur di Malaysia ingat francais adalah satu-satunya cara untuk buka bisnes dobi layan diri. Sebenarnya ada model lain yang semakin ramai operator pilih iaitu pelesenan.
Kenapa Pelesenan Lebih Bagus
Model pelesenan memberi anda hak guna jenama dan sistem yang sudah mantap, tapi anda masih kekal dengan kawalan penuh bisnes sendiri. Anda boleh tetapkan harga sendiri, buat promo sendiri dan buat keputusan sendiri.
Yang paling penting anda hanya bayar yuran tahunan tetap dan simpan 100% untung.
Dobi Land guna model ini. Yuran pelesenan hanya RM10,000 setahun, pelaburan bermula dari RM120,260. Tiada royalti, tiada kongsi untung, dan anda beroperasi sebagai pemilik bisnes bebas dan bukan pengurus cawangan yang terhad.
Kenapa Francais Lebih Mahal Dari Yang Disangka
Francais bagi nama jenama yang dikenali, tapi ada kos berterusan. Yuran francais dan royalti di Malaysia biasanya antara RM30,000 hingga RM70,000, dengan pelaburan permulaan dari RM250,000. Lagipun anda kena ikut peraturan mereka harga, branding dan promo bukan hak anda.
Royalti bulanan terus makan keuntungan selepas bayar sewa, elektrik dan air. Dalam jangka panjang bezanya sangat ketara.
Peralatan Penting
Dobi Land guna mesin Speed Queen dan Foggia, disokong oleh CS Laundry System yang telah bekalkan 2,458 outlet di ASEAN, jual lebih 22,000 mesin dan pegang 40.1% market share sejak 1996. Rekod ini susah nak ditandingi kebanyakan jenama francais di Malaysia.
Perbandingan Pantas
| Pelesenan Dobi Land® | Francais Jenama Lain | |
|---|---|---|
| Yuran | RM10,000 setahun | RM30,000 hingga RM70,000 |
| Pelaburan | Dari RM120,260 | Dari RM250,000 |
| Mesin | Speed Queen dan Foggia | Jenama lain |
| Royalti | Tiada | Berubah-ubah |
| Kawalan | Kawalan penuh ke atas harga, branding dan promosi | Ikut peraturan dan garis panduan francais |
Francais sesuai kalau anda suka orang lain buat keputusan untuk anda. Pelesenan sesuai kalau anda nak miliki bisnes sendiri, simpan untung sendiri dan masih dapat sokongan daripada pakar industri.
Nak mulakan bisnes dobi tanpa royalti? Hubungi Dobi Land hari ini.